Assalamualaikum uols...
tak nak bagi belog kesayangan bersawang.. makanya saya harus meng update ini belog kesayangan..
heee
topik hari ini.. kawan / sahabat/ teman/ dan sewaktu dengan nya... ;p
I'm sure uols ade kawan2 baik yang uols sayang vukan..?
so do i... :)
kawan ada macam2 jenis... susah, senang... kongsi suka duka.. macam-macam lah..
tapi, berapa ramai yang kita boleh assume someone tuh betul2 sahabat?
kawan yang support kita all the time, kawan yang takkan back stabber kita, kawan yang akan sama-sama nangis dengan kita bila kita tengah sedih kaw2, willing to lend their shoulder to cry on, yang akan sentiasa bagi kata2 semangat and bla3~
ada?
Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik... kepada kawan baik kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fuyoohhh statement bout a friend...!
ReplyDeletedasat lah...
penuh makna tersurat dan tersirat...
:)